Hi! Bonjour!
31 August 2018
All praise belongs to God. Bukan mudah untuk aku nak lepas tempoh percubaan ni. Kena tahan dengan tomahan manager bila buat salah sikit dalam excel. Yeap, dalam excel tak boleh sikit pun ada kesalahan. Semua maklumat guest yang diisi perlu tepat dan betul. Ups and down. Macam-macam yang bermain di fikiran. Dengan offday tidak menentu. Nak balik melawat rumah parents pun susah. Lepas tu dengan kena buat banyak kerja dalam satu masa. Rasa macam nak lari balik pi duk rumah. *SOBBBSS
Memang meletihkan. Walaupun sehari kerja cuma 8 jam. Day by day, aku jadi semakin cekap. Boleh handle check in & check out dengan elok, guest complain itu ini aku jadi tak gabra macam bulan pertama mula mula tu. Buat pi la muka herot berot macam mana sekalipun, aku watlek ja. Yang penting kena senyum walaupun dimaki. Hang senyum jaa walaupun hang rasa nak terajang guest yang kuwang ajaq tu.
Mama kata sabaqlah. Sabaq tu kunci kejayaan. Tiap-tiap hari mama duk whatsapp ngan call. Haish. Rindu kucing kat rumah. Bulan 6 & 7 aku balik tapi bulan 8 aku skip. So sebulan aku tak balik rumah. Rasa macam tak tenteram ja hati tak dapat makan masakan mama. Sekarang baru rasa macam mana perasaan rindu rumah, rindu mama beletiaq, rindu kucciiingg :(
Candle light dinner di The Cabin, Langkawi |
Bulan ni boleh buat akaun Maybank sendiri dah! Baru aku tau kalau kita nak buat akaun maybank ni bukan mudah sebenarnya. Ada syarat-syarat tertentu. Nak apply buka akaun kena ada surat daripada majikan. Kalau tak ada surat daripada majikan, memang tak boleh buka. Oh rupanya akaun maybank ni untuk orang yang bekerja & ada bisnes.
Dan bulan ni dah start potong gaji untuk KWSP. Umur 20 dah ada akaun KWSP. Hmm. Terasa sudah tua walaupun masih muda. Plan nak balik sambung study tu masih ada. Tapi bukan accounting lagi la. Aku nak masuk dalam tourism. Ramai orang kata tourism ni tak laku tapi hakitnya tourism ni lah paling luas bidang dia. Aku tak kata course lain buruk dan susah nak dapat kerja okay. Tak kira lah course mana pun, kalau ada usaha, berjayalah.
Tapi aku tak mau jadi full-time student balik. Sumpah memboringkan bila jadi full-time student. Kalau boleh nak buat diploma separuh masa. Yang ada pun kolej swasta. Yuran pun boleh tahan koyak poket. Aku ingat nak settlekan hutang PTPTN dulu then baru fikir lain bab nak sambung study ni. Mungkin akan kerja setahun dua tahun then aku apply sijil APEL.
Cheers! Have a nice day!