18 Aug 2018

New Chapter


Hi! Bonjour! 

Mak ai susahnya nak dapatkan mood blogging setelah sekian lama berhenti blogging. Nak menaip pun tak ada idea. Alahai, postponed punya postponed sampai ke sudah mood blogging ke laut. Hmmm. 

Taip. Padam. Taip. Padam.


1 Mei 2018

Aku pilih untuk berhenti belajar dan mula bekerja. Yes, aku sudah berada di semester 4. Disebabkan aku failed 2 paper dan aku kena extend sem, aku jadi frust. Aku nak grad on time dengan kawan-kawan lain. Aku rasa aku tak boleh nak go on lagi dengan study. Fikir punya fikir, terus aku bagitau parents yang aku nak berhenti belajar. Mula-mula parents macam tak okay. Iyala dah semester 4, tetiba nak berhenti ni mesti sayang la kan.

Bersyukur la aku ada parents yang open minded dan terima aku seadanya. Baik dan buruk aku. Parents aku kata why not hold dulu study untuk 6 bulan, take a break dulu katanya. Aku macam lemah semangat dah nak teruskan. Parents and orang sekeliling aku tak yakin aku akan dapat kerja yang bagus dengan lulusan SPM saja. Yala just SPM weh mana ada orang nak ambik zaman sekarang ni. Tapi aku yakin rezeki Tuhan itu luas.

Sunset View di Pantai Cenang 💛💛


20 March 2018

Parents aku minta aku cari kerja yang dekat dengan rumah. Tapi aku tak nak. Aku pilih Langkawi. Aku pun tak tau apa yang best sangat Langkawi ni. Bukan ada kerja yang bagus. Sumpah aku memang frust, depress semua bagai. Scroll scroll kat facebook, ada open interview dekat hotel The Cabin. Pergi jela interview. Aku tak expect pun nak dapat sebab pengalaman kerja pun aku tak ada. Sumpah buntu. 

Then aku pergi interview juga dengan The Nadias Hotel. Dengan Nadias ni aku dapat F&B position tapi aku tak berapa nak berkenan la bahagian kitchen ni. Letih. Ah! Dah la tak ada kerja, demand lagi ahahahaha. Aku merempat dalam Langkawi tak lama pun. Lepas habis interview aku keluar dari Langkawi balik rumah. Macam tak ada harapan

Selepas seminggu, The Cabin text aku yang aku diterima untuk masuk kerja. Rasa macam mimpi. Hmm. Lepastu pack semua barang masuk balik Langkawi. Haish transportation bukan free weh. Semua duit. *hentak kaki! *hidung kembang kempis


1 June 2018

God is great!

Aku diberi peluang oleh The Cabin Langkawi. Syukur! Front Office Receptionist. Gaji tak banyak but i gained alot of experience here. Sumpah seronok. The Cabin bukanlah hotel yang besar. Tapi bila dapat boss yang baik, staff yang bagus ni la yang seronok. Dah macam keluarga kedua dah...hihihi

31 August, nanti dah 3 bulan aku berada di Langkawi. Dan nanti aku jadi permanent staff dah. Tempoh percubaan adalah 3 bulan. Hehehe lepas ni boleh punch card dah. Untuk skop kerja dengan The Cabin nanti aku kongsi pada entri seterusnya. Ini pun sudah panjang berjela

Cheers, have a nice day!